Kecoh! Tak Pakai Baju Melayu Punya Pasal!

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara tidak memakai baju Melayu, sejumlah perwakilan dan ahli sayap PKR itu tidak dibenarkan masuk dan meneybabkan kekecohan berlaku di hadapan pintu masuk dewan persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) pagi tadi.

Malah, pertikaman lidah itu turut menyaksikan pergaduhan fizikal antara dua ahli tercetus apabila pasukan keselamatan parti tidak membenarkan beberapa perwakilan dan anggota AMK masuk atas alasan tidak memiliki pas, selain tidak memakai baju Melayu.

Turut tidak dibenarkan masuk ialah bekas Pengerusi Tetap AMK, Mizan Adli Mohd Noor yang dipecat daripada jawatannya pada 24 November lalu.

Menurut laporan Harian Metro, kekecohan itu berlaku lebih 30 minit, dengan sejumlah perwakilan bertikam lidah dengan skuad keselamatan parti, selain berlaku tolak-menolak, sebelum keadaan sedikit tenang apabila mereka dibenarkan masuk seorang demi seorang.

Video kekecohan di pintu masuk dewan persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*