Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019 / BR1M 2019 : Kemaskini Permohonan & Syarat Kelayakan

19/12/2018

Berita baik! Berita baik! Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019 atau sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan dilanjutkan dan kerajaan menggunakan kaedah terbaharu dalam melaksanakan BHSR kali ini.

Nampak gayanya, kerajaan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan BHSR supaya lancar dan kerajaan sekarang sedang mengumpul data penerima yang layak. Kalau dah kumpul, kenapa perlu kemaskini permohonan lagi? Okay, itu wajib dilakukan!

Jika anda mengikuti laman web rasmi BSHR, info terbaru mengatakan ;

1. Tarikh akhir penunaian BSH 2018 dilanjutkan sehingga 14 Disember 2018. Penunaian boleh dibuat di mana-mana Cawangan BSN.

2. Tempoh kemas kini waris BSH 2018 di LHDNM adalah sehingga 15 Januari 2019. Manakala tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2018 di mana-mana Cawangan BSN adalah sehingga 31 Januari 2019.

3. Pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dibuka mulai Januari 2019. Makluman rasmi mengenai tarikh pendaftaran akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia dalam tempoh terdekat.

Kemaskini Permohonan & Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019

Seperti yang dinyatakan di dalam portal rasmi BSHR, tarikh pendaftaran permohonan atau tarikh kemaskini permohonan BSHR 2019 akan dibuka bermula Januari 2019.

Semua info berkaitan dengan tarikh pendaftaran akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia dalam tempoh terdekat, jadi bersabarlah sayang.

Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019

Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah akan mula diagihkan selepas sambutan Tahun Baharu Cina 2019. Ini bermakna, bayaran BSHR 2019 ini akan bermula pada penghujung bulan Februari 2019 atau awal bulan Mac 2019?

Bank untuk Bayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019

Semasa membuat pendaftaran BSHR 2019 atau mengemaskini pendaftaran BSHR 2019, pastikan bank yang anda daftar termasuk dalam bank yang terlibat dalam proses pembayaran BSHR nanti. Antara bank yang terlibat dalam urusan pembayaran BSHR 2019 ialah:

  1. AFFIN BANK
  2. AGRO BANK
  3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
  4. AM BANK BERHAD
  5. AL RAJHI BANK
  6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
  7. BANK RAKYAT
  8. MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
  9. BANK SIMPANAN NASIONAL
  10. CIMB BANK BERHAD
  11. CITIBANK BERHAD
  12. HONG LEONG BANK
  13. HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
  14. MAYBANK
  15. OCBC BANK
  16. PUBLIC BANK BERHAD
  17. RHB BANK BERHAD
  18. STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
  19. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Kepada yang tidak mempunyai akaun bank, pihak berkenaan akan menghantar surat baucar kelulusan yang boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berdekatan anda.

Kategori BSHR mengikut kelayakan pemohon

Berbeza dengan kategori BR1M dahulu, BSHR memperkenalkan 5 kategori mengikut kelayakan pemohon :

  1. BANTUAN RM1,000 : Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
  2. BANTUAN RM750 : Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000
  3. BANTUAN RM500 : Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000
  4. BANTUAN RM120 : Untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 0rang, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur
  5. BANTUAN RM500 : Secara one-off bagi pesara kerajaan dengan pencen kurang daripada RM1,000

Eh, mana Kategori BSHR Bujang? Untuk makluman orang bujang, kategori korang telah pun dihapuskan untuk BSHR 2019 ini.

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: