Bapa Saudara Dedah Sikap Rosmah Mansor Yang Sebenar

21/05/2018

Siapa yang tidak sedih kalau anak saudara tidak menjenguk langsung ke kampung halaman selepas hidup senang dan sejak menjadi wanita nombor satu negara.

Itulah antara luahan oleh bapa saudara Datin Seri Rosmah Mansor yang dikenali sebagai Mustafa Katas, adik bongsu dalam keluarga Mansor yang masih tinggal dan menetap di Kampung Tanah Datar, Chengkau, Rembau.

Sebelum berkahwin, Rosmah ada juga menjenguk bapa saudaranya di kampung, namun selepas mengahwini Datuk Seri Najib Tun Razak, Rosmah tidak lagu kelihatan sekaligus bapa saudaranya mendakwa mereka telah terputus hubungan.

Tak kisahlah… pak cik tetap juga pergi keluar mengundi… kalau ada terjumpa Rosmah di mana-mana sebelum terputus hubungan tu, Rosmah ada juga hulurkan pak cik duit sedikit… sekarang dah tak pulang-pulang lagi… dah tak ada apa-apa lagi,” – bapa saudara Rosmah Mansor.

Manakala ibu saudaranya mengatakan dirinya tidak dikenalkan sebagai ibu saudara kepada Najib semasa menghadiri majlis kenduri di rumah ibu bapa Rosmah di Gedung Lalang, Seremban suatu masa dahulu, dia tetap merasa selesa dengan Najib berbanding Rosmah.

TehPanas – Dia kan sibuk masa jadi bini Perdana Menteri, mungkin sekarang Rosmah ada ‘lebihan’ masa untuk menjenguk saudara-maranya di kampung.

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: