Bapa Tendang Anak Sampai Mati Sebab Isteri Tak Masak Nasi

Gagal mengawal kemarahan kerana isteri tidak memasak nasi, seorang lelaki berusia 24 tahun melepaskan kemarahannya dengan menendang anaknya, Muhammad Ramadhan yang berusia berusia dua tahun sejauh satu meter.

BACA : Bunuh Anak 3 Tahun, Bapa & Teman Wanita Dihukum Gantung Sampai Mati

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 petang, Khamis lalu di rumah mereka di Bandar Batubara, Daerah Tanjung Tiram, Sumatera Utara, Indonesia bermula dengan si suami yang dikenali dengan nama Indra berang dengan isterinya yang membiarkan anaknya menangis. Akhirnya mencetuskan pertengkaran antara Indra dan isterinya, Maryamah.

Untuk melepaskan kemarahan kepada isterinya, Indra menendang anak pertama mereka, Muhammad Zairi, yang berusia 3 tahun sehingga terjatuh ke lantai menyebabkan kanak-kanak itu mengalami luka di bahagian kening sebelah kiri.

Muhammad Ramadhan yang terkejut melihat ayahnya yang beraksi ganas itu terus menjerit ketakutan lalu menangis menyebabkan Indra semakin berang lalu menendang Ramadhan menyebabkan mangsa terpelanting sejauh satu meter, sebelum badannya kejang dan tidak sedarkan diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*