“Bas Itu Sedang Berlumba” – Bas Pekerja Ragut 12 Nyawa

Susulan daripada kemalangan bas pekerja yang mengorbankan 12 nyawa berhampiran Kompleks MASkargo di Sepang Ahad lepas, seorang daripada mangsa mendedahkan bas berkenaan berlumba ketika kemalangan berlaku.

BACA : Tak Bagi Signal Punya Pasal, Pemandu Axia Mengamuk Apek Tua

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ACP Zulkifli Adamsah berkata, polis akan meminta keterangan lanjut daripada mangsa berkenaan berhubung dakwaan itu.

Perkara itu didedahkan beliau ketika mengumumkan laporan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) mengenai kemalangan itu yang diterima beliau semalam (Jumaat).

Beliau berkata, polis kini menunggu laporan ujian darah pemandu bas bagi memastikan sama ada dia memandu di bawah pengaruh dadah atau sebagainya.

Katanya, menurut laporan Puspakom bas tersebut yang terjunam ke dalam longkang semasa kemalangan, berada dalam keadaan baik.

Dalam kejadian kira-kira 11.10 malam Ahad itu, seorang pemandu bas warga tempatan dan lapan pekerja warga asing mati di tempat kejadian apabila bas yang membawa 44 orang termasuk pemandu terjunam ke dalam longkang besar sedalam empat meter berhampiran Kompleks MASkargo.

Dua lagi pekerja warga asing meninggal dunia di Hospital Putrajaya dan seorang lagi di Hospital Serdang.

Sumber : Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*