Bauksit : Professor Ini Menerangkan Apa Itu Bauksit Dengan Begitu Jelas

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Heboh baru-baru ini dengan isu Bauksit yang menyebabkan jalan raya di daerah Negeri Pahang berwarna merah termasuklah kenderaan yang melalui jalan tersebut akan berwarna merah.

Kekeliruan rakyat Malaysia terutamanya penduduk Pahang semakin bertambah apabila kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab yang mengatakan jalanraya berwarna merah disebabkan oleh sirih.

Apa itu Bauksit atau Bauxit?

Bauksit atau Bauxit ini adalah bijih utama untuk menghasilkan aluminium dan ia bukanlah mineral seperti mana yang ramai orang Malaysia salah anggap mengenai isu Bauksit di Pahang baru-baru ini.

Bauksit sebenarnya sejenis batuan yang terdiri dari sekumpulan mineral aluminum hidroksida seperti gibsit, bohmit atau diaspor dan mineral tambahan seperti goetit, hematit, kaolini, dan anataseatau rutil.

Bauksit ditemui oleh geologis Pierre Berthier pada tahun 1821, di Les Baux di selatan Perancis, dalam batuan yang kaya aluminum hidroksida.

Manakala di Malaysia, Bauksit mula dikenali pada zaman Tanah Melayu yang dijalankan perlombongannya pada tahun 1936 di Bukit Pasir berhampiran dengan Batu Pahat.

Sebelum Perang Dunia II, dua lombong bauksit telah dibuka iaitu di Perigi Acheh dan Sri Medan tetapi kedua-dua lombong tersebut telah ditutup pada tahun 1941 apabila Perang Dunia II meletus.

Dahulu, hasil bauksit Tanah Melayu akan dieksport ke negara Jepun dan hanya sebahagian kecil sahaja dieksport ke Australia dan Taiwan.

Bauksit ini untuk apa sebenarnya?

Bauksit ini kebanyakkan digunakan dalam industri penghasilan seramik, penghasilan jentera mesin dan kenderaan terutama badan kapal terbang.

Selain itu, bauksit juga digunakan untuk industri pembungkusan khususnya pembungkusan makanan dalam tin, serta pembinaan bangunan seperti struktur bumbung dan atap.

Bauksit mampu bertahan pada suhu rintangan dan pembakaran yang sangat tinggi dan bauksit juga digunakan dalam bahan kimia untuk menyahkan kotoran berupa minyak, gas nitrogen dan sulfur.

Baukist berwarna merah? Kenapa?

Seperti yang berlaku di Pahang, tanah bauksit berwarna merah disebabkan oleh kandungan mineral hematit [Fe2O3] dan goetit [Fe2O3.H2O].

Penjelasan oleh Profesor Dr Hamzah Mohamad, Pakar Geologi USM

Melalui laman sosial Facebook Profesor Dr Hamzah Mohamad, Pakar Geologi USM telah berkongsi mengenai bauksit yang menjadi tanda tanya semua rakyat Malaysia.

Penjelasan Pakar Geologi USM mengenai bauksit ini sangat jelas dan terperinci.

1. Tujuan saya menulis SEMATA-MATA untuk memberitahu public secara saintifik mengapa semua bauksit (bukan di Malaysia sahaja) berwarna merah dengan pelbagai tone. Tidak terlintas di fikiran saya untuk mengalihkan pandangan masyarakat daripada isu pencemaran bauksit seperti yang dikatakan. Saya seorang saintis. Kerja mengalih pandangan ini lazimnya kerja orang politik (maaf).

2. Tidak juga benar bahawa saya menulis sambil hendak mempromosi Makmal untuk mendapat keuntungan. Memang benar kami diminta USM mengenakan caj tertentu untuk mengimbangi RM6 juta wang rakyat Malaysia yang dilaburkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk EMCL. Tetapi dari masa ke semasa USM juga memberikan khidmat percuma untuk hal2 yang ada kepentingan negara, asalkan ada permintaan rasmi.

3. Sayugia diingat, langkah pertama untuk memulakan percakapan tentang impak alam sekitar dan kesihatan manusia ialah “mengetahui dengan tepat dan lengkap kandungan kimia boksit itu sendiri”. Tanpa data ini, terutama kandungan unsur2 surih yang sebahagiannya bersifat toksik, perbincangan tidak membawa apa2 makna.

4. Setelah status kandungan unsur kimia diketahui, kajian “potenti kepada kesihatan masyarakat” menjadi tugas pihak berwajib di KKM dan/atau institusi penyelidikan menentukannya, kerana mereka mempunyai pakar dalam pelbagai bidang biomedical dan kesihatan masyarakat.

5. Selepas itu menjadi tanggungjawab Jabatan Alam Sekitar pula melakukan penyempelan dan analisis untuk melihat sejauh mana unsur2 bauksit telah tersibar ke sekitaran UDARA, AIR dan TANAH. Mereka akan menggunakan piawaian antarabangsa air minuman (WHO), udara dan tanah untuk melihat kalau2 kadar kepekatan sesuatu unsur melepasi had yang diizinkan.

6. Barulah proses pemantauan atau penguatkuasaan dilakukan.

7. Pematuhan kepada cara melombong yang selaras dengan peraturan alam sekitar adalah di bawah bidang kuasa pakar di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Sebelum perlombongan diluluskan lazimnya kandungan bahan harus diberitahu kepada pihak berwajib dan suatu pelan untuk menangani kesan alam sekitar dan kesihatan manusia harus dikemukakan dan diluluskan. Setahu saya JK yang meluluskan permohonan konsensi melombong ada wakil Pejabat Tanah, Jabatan Mineral, Jabatan Hutan, Jabatan Saliran dan Pengaliran dan Jabatan Perancang Bandar di dalamnya.

TEHPANAS – Boleh pulak bauksit jadi sirih… Hmmm…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*