Bayaran Bonus Raya RM500 Penjawat Awam Mula Dibayar

08/06/2017

Seperti mana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Malaysia tempoh hari untuk memberi bonus hari raya kepada semua penjawat awam Malaysia sebanyak RM500 dan kepada pesara sebanyak RM250 telah dikotakan bermula malam tadi di mana ramai penjawat awam telah dibayar melalui akaun gaji masing-masing.

Info yang kami perolehi, buat masa sekarang bank yang telah masuk bonus raya 2017 ini adalah Maybank dan CIMB Bank. Manakala bank lain seperti BSN, Bank Rakyat dan lain-lain kami belum perolehi maklumat yang tepat.

Tetapi, mungkin penjawat awam bank yang menggunakan bank selain Maybank dan CIMB juga telah dibayar memandangkan bayaran bonus raya 2017 ini akan dibayar sebelum 09 Jun 2017.

Diharap bonus raya 2018, bonus raya 2019 akan meningkat memandangkan mata wang Malaysia yang semakin rendah.


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: