“Dulu Elok Je Bertudung, Sekarang Dah Londeh Semua” – Bekas Suami Cleopatra, PA Syed Saddiq Dedah Rahsia

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pernah viral di media sosial didakwa seorang mak nyah dikatakan sebagai pembantu peribadi Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq yang dikenali sebagai Cleopatra, namanya sekali lagi menjadi bualan hangan di media sosial.

BACA : “Semua Orang Ada Sejarah…” – Syed Saddiq Komen Isu Gambar Lama Menari Di Kelab Malam

Tidak mahu salah faham, wanita yang merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak itu menjelaskan identiti sebenar dan Syed Saddiq telah menepis khabar angin bahawa dirinya tiada kaitan dengan wanita itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Cleopatra menjadi sebutan di media sosial apabila dia dan bekas suaminya menceritakan ‘kisah silam’ mereka berdua dan menceritakan keburukkan masing-masing.

Pada mulanya, Cleopatra menceritakan mengenai ‘keganasan rumah tangga’ semasa masih bergelar isteri kepada bekas suaminya, Nasir Yaacob di media sosial Instagram miliknya.

Menurut Cleopatra, dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan dia memberitahu tujuannya mendedahkan kesemua perkara itu bukanlah untuk buka pekung di dada, tetapi hanyalah untuk memberi inspirasi kepada wanita yang senasib dengannya.

Tidak mahu menjadi mangsa keadaan, giliran bekas suami Cleopatra, Nasir yaacob pula mendedahkan perkara sebenar menerusi akaun Facebook miliknya dari awal perkenalan sehinggalah rahsia kereta Audi R8 Cleopatra yang selalu dilihat di Instagram miliknya.

Nasir menjelaskan dakwaan Cleopatra menjadi mangsa keganasan rumah tangga itu tidak benar, sebaliknya Nasir mendedahkan kesan lebam yang kononnya dipukul dan surat pengesahan doktor itu hanya rekaan semata-mata dan semuanya dirancang baik.

“Sekarang sakan berdiri atas kereta posing bagai pontianak… lupa ke siapa yg belikan kereta pink yang dibanggakan sangat tu?” – Nasir Yaacob

Malah, Nasir mengatakan semasa menjadi isterinya, Cleopatra elok bertudung tetapi berbeza dengan sekarang, sudah londeh semuanya.

“Semua Orang Ada Sejarah…” – Syed Saddiq Komen Isu Gambar Lama Menari Di Kelab Malam

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*