Bekas Tempoyak Meletup, Habis Satu Rumah Bau Masam

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebuah keluarga terpaksa hidup dalam bau tempoyak selama beberapa minggu apabila balang yang merupakan bekas minyak masak untuk menyimpan tempoyak meletup sehingga terkena siling rumah.

Dilihat pada gambar yang dikongsi oleh seorang pengguna di Twitter, jelas kelihatan tempoyak itu disimpan penuh dalam bekas tersebut menyebabkan gas tempoyak tidak dapat bertahan dan akhirnya meletup.

Menurut pengguna Twitter tersebut, kejadian itu berlaku di Terengganu dan dia menyarankan agar peminat tempoyak semua untuk berhati-hati apabila menyimpan isi durian yang segar untuk dijadikan tempoyak.

“Silalah jangan tutup rapat penutup bekas tu, kasi release gas lepas gaul garam untuk simpan especially yg fresh dari durian tu.

“Doakan agar pemilik rumah dipermudahkan urusan mereka”, – tulis @narzam86off.

Rata-rata netizen terkejut dengan hasil letusan tersebut kerana tidak menyangka kesannya sampai ke siling rumah yang akan memberi kesan bau jangka masa yang agak lama untuk hilang.

Malah, ada juga netizen lain menasihati supaya tidak menutup rapat balang tempoyak atau isi hanya setengah bekas sahaja untuk memberi ruang pada gas tersebut keluar.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*