“Aliff Masuk Kelas Agama & Mengaji” – Bella Astillah Bersykur Aliff Aziz Semakin Baik

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Baru-baru ini, pelakon Bella Astillah dan bekas suami, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dikecam teruk oleh netizen apabila dilihat menyanyi bersama dalam live di Instagram.

BACA : “Saya Hanya Menunggu” – Bella Astillah Enggan Komen Aliff Aziz Pujuk Untuk Rujuk Semula

Namun, Bella tampil mendedahkan perkara sebenar yang menyebabkan dia sering membuat siaran langsung (IG Live) bersama Aliff kepada mStar Online.

“Netizen ada pendapat masing-masing tapi saya tak kisah mereka tak selesa sebab kalau tak suka, boleh saja meninggalkan IG Live kami. Lagipun, saya tak nak orang kata saya membenci Aliff.

“Dia perlukan sokongan, memang dia ada keluarga tapi apa salahnya saya beri sokongan dan semangat memandangkan dia tetap ayah kepada anak kami, Ayden.

“Sebenarnya dia tidak yakin dengan diri sendiri untuk buat IG Live seorang dan saya berpesan padanya supaya jangan fikir tentang apa yang orang kata. Sebab itu saya ajak dia buat IG Live sama untuk bagi semangat,” – Bella Astillah.

Menurut Bella, Aliff tidak yakin dengan dirinya untuk membuat live di Instaram dan sebab itulah dia kerap membuat live untuk memberi semangat kepadanya.

“Alhamdulillah, saya lihat keadaan Alif semakin baik dan dia ada masuk kelas agama serta mengaji.

“Bagi saya, ia sesuatu yang baik dan boleh mendorong ke arah kebaikannya juga.

“Apabila kita buat baik, sudah tentu Allah akan balas dengan benda baik. Tapi itu saja yang saya tahu mengenai dia,” – Bella.

Dalam pada itu, Bella menjelaskan dan bersyukur melihat keadaan Aliff sudah semakin baik dan masuk kelas agama serta mengaji.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Dia Cakap Sayang Kat I" - Christine Joanne Dedah Perangai Aliff Aziz Selepas Bercerai Dengan Bella - TEHPANAS
  2. “Dia Cakap Sayang Kat I” – Christine Joanne Dedah Perangai Aliff Aziz Selepas Bercerai Dengan Bella - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*