“Itu Gambar Lama” – Isu Tatu & Video Bertengkar, Bella Mahu Aliff Aziz Terus Kuat

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan beberapa keping gambar Aliff Aziz yang bertatu di bahagian dada tertulis nama bekas isterinya, Bella Astillah dan lukisan menyerupai tatu hampir penuh di bahagian belakangnya, Bella tampil menjelaskan perkara yang sebenar.

LIHAT : (Video) Tatu Nama Bella Di Dada, Aliff Aziz Dedah Cerita Sebenar

Menerusi Instagram milik Bella, dia baru tiba dari Melbourne, Australia, dan menghubungi Aliff untuk mengetahu perkara sebenar yang terjadi mengenai video yang viral memaparkan dia bertengkar dengan kawannya melalui telefon bimbit.

Menurut Bella, Aliff memberitahu sebenarnya dia telah dianiaya oleh individu yang baru saja dia kenal yang terdapat dalam video tersebut dan hanya untuk mengenakan dia.

“Saya sangat-sangat sedih dengan apa yang menimpa diri Aliff. Walau apapun dia tetap bapa kepada anak saya.

“Dan sebenarnya sebelum Bella berangkat ke Melbourne, Bella bawa Ayden berjumpa dengan dia di Singapura untuk luangkan masa dengan daddy dia.” – tulis Bella Astillah

Bella mengakui dia tidak dapat menahan sedih semasa dia menghubungi bekas suaminya itu mengenangkan apa yang menimpa dirinya sekarang.

Mengenai beberapa gambar Aliff bertatu yang memaparkan bahagian dadanya dicacar nama dirinya pula, Bella menjelaskan bahawa foto tersebut adalah foto lama, foto mereka sebelum berkahwin.

Foto tersebut diambil oleh rakan Aliff dan Bella yang mengukir nama ‘Bella’ pada dada Aliff dengan menggunakan inai hitam.

Gambar Aliff Aziz bertatu pada bahagian belakang. (Kredit:MHE TV)

Manakala foto bahagian belakang Aliff yang penuh dengan lukisan tatu, Bella tidak pula menjelaskan di dalam posting Instagram tersebut.

Bella turut menasihati netizen untuk memberi ruang kepada Aliff yang kini dalam keadaan tidak stabil dan kemurungan.

Bella juga berharap kepada kawan Aliff yang rapat dengannya sekarang, lindungi dan bantulah Aliff, bukan sebaliknya serta Bella mahukan Aliff Aziz terus kuat.

View this post on Instagram

Salam, Bella baru sampai Malaysia subuh tadi. And I received a lot of calls, texts, dms and mentioned from ig & twitter berkenaan dengan ex-husband saya, Aliff. Maaf kepada media yang bella tak dapat reply sbb harini bella nak rest kurang sihat🙏🏻. . . Di sini saya kongsikan sedikit, saya sangat2 sedih dengan apa yang menimpa diri Aliff. Walau apapun he is still the father of my son. Dan sebenarnya sebelum bella berangkat ke Melbourne, Bella bawa Ayden berjumpa dengan dia di Singapore untuk spend time dengan Daddy dia. Apa yang terjadi sekarang sangat mengejutkan saya dan keluarga. Saya tak dapat menahan sedih dan menghubungi dia pagi tadi and he said dia dianiaya oleh orang yang baru shj dia kenal yang terdapat dalam video tersebut hanya untuk mengenakan dia. Wallahualam 😔 . . Tapi niat dan point utama saya kat sini, Aliff is feeling lost and despair. Perlukah kita bersorak gembira? Adakah kita betul2 tiada hati dan perasaan? Adakah kita atau ahli keluarga kita dah cukup sempurna? Adalah lebih baik kita doa yang baik2 sebab kita sendiri taktahu apa dan bagaimana pengakhiran hidup kita. . . Jangan kita meremehkan hal yang berkenaan dengan depression. Saya selalu beritahu Aliff he can always call/video call Ayden. Anytime. Saya tak berdendam dengan dia, saya dah maafkan dia 100%. Siapalah saya nak menghukum dia. Aliff seorang yang sangat bijak, berilmu tinggi cuma iman dia kurang. Dan kepada siapa pun yang berkawan dengan Aliff sekarang, lindungi dan bantulah dia bukan sebaliknya. Soal tattoo, boleh check ig @leahenna_artist sbb kak Lea yang buat nama Bella tu menggunakan Inai when I was in China tahun 2016 rasanya lama sangat dah. . . Adakah kita rasa puas dan hebat sekiranya apapa terjadi pada Aliff? Nauzubillahminzalik. Kita doa yang baik2 dan comment yang baik2 kat ig dan twitter dia, manatahu dapat bantu dia. Dan semoga Aliff kembali sihat, mudah mudahan. Be strong @aliffaziz91

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

4 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Merah Itu Pewarna Sirap" - Kesan Merah Di Dada Aliff Aziz, Pelukis Tatu Henna Dedah Perkara Sebenar - TEHPANAS
  2. “Merah Itu Pewarna Sirap” – Kesan Merah Di Dada Aliff Aziz, Pelukis Tatu Henna Dedah Perkara Sebenar - Info Sebenar
  3. "Awak Believe In Miracles Kan?" - Aliff Aziz Tegur Bella Astillah Dalam Live - TEHPANAS
  4. “Awak Believe In Miracles Kan?” – Aliff Aziz Tegur Bella Astillah Dalam Live - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*