Berbogel Di Jalan Sebab Mabuk Teruk, Polis Belikan Pakaian Untuk Lelaki Ini

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara tekanan perasaan, seorang lelaki mabuk kerana mengambil minuman keras secara berlebihan menyebabkan dia tidak sedar berjalan tanpa pakaian di Jalan Kinabalu, Kuala Lumpur, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 5.27 petang, lelaki berusia 30-an itu berjalan berseorangan di hadapan bangunan Daya Bumi sebelum orang awam memaklumkan kejadian kepada polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah, sebuah kereta peronda dan anggota unit rondaan bermotosikal (URB) diarahkan ke lokasi kejadian.

Anggota polis memujuk lelaki berkenaan masuk ke kereta peronda dan dia tidak melawan, malah pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan juga tiada masalah mental.

“Memandangkan lelaki itu tidak berpakaian, anggota polis membelikan pakaian di kedai pakaian terpakai. Dia juga diberikan sedikit wang saku untuk dijadikan tambang balik ke rumahnya di Brickfields,” – Mohd Fahmi Visunathan.

Sumber : Berita Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*