Hanya ‘Bersenam’ 4 Jam, Lelaki Ini Dapat ‘Six Pack Segera’ Bernilai RM15,288

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Jika orang lain perlu mengambil masa bertahun untuk mendapatkan six pack, lelaki ini hanya perlukan masa dua hingga 4 jam sahaja untuk mendapatkan six pack yang menjadi kegilaan setiap lelaki.

BACA : Wanita Tanpa Alat Sulit Jalani Pembedahan Guna Kulit Ikan Tilapia

Inilah yang terjadi di Bangkok, six pack boleh ‘dicipta’ dengan mudah dan pantas dengan hanya menjalani pembedahan selama dua hingga empat jam sahaja di Masterpiece Hospital di daerah Dusit.

Menurut laporan Coconuts Bangkok, Ketua Pegawai Eksekutif dan pakar bedah hospital Raweewat “Sae” Maschamadol memberitahu hospital mereka telah menjalankan ‘six pack segera’ ini sudah hampir empat tahun.

“Kami telah melakukan perkara ini selama tiga hingga empat tahun sekarang … kami biasanya menerima dari 20 hingga 30 pelanggan yang meminta six pack setiap bulan.” – Raweewat “Sae” Maschamadol (CEO Masterpiece Hospital)

Untuk mendapatkan six pack segera ini, kos pembedahan menelan belanja sekitar USD3,700 (lebih kurang RM15,288) termasuk ubat-ubatan. Panadol?

Raweewat menegaskan hospital mereka adalah sebuah hospital yang berlesen, tidak seperti kebanyakkan klinik pembedahan kosmetik lain di sekitar Thailand.

Ada duit semua boleh jadi, ‘bebird’ pun boleh tukar jadi ‘rama-rama’, ini kan pula buat 6 ketul di perut. Heh!

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*