Blogger Ditemui Mati Selepas Buat ‘Live Video’ Makan Lipan & Cicak Tokek

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Demi menaikkan jumlah penonton untuk menonton video secara langsung di laman sosial, seorang lelaki ditemui mati selepas makan lipan dan cicak tokek bersama alkohol.

Makan haiwan beracun bersama alkohol merupakan salah satu permainan lelaki yang dikenali sebagai Sun itu.

Sun ditemui tidak sedarkan diri di bilik rumahnya di Hefei, di daerah Aunhui, China pada Sabtu lalu oleh teman wanitanya.

Menurut polis, Sun ditemui tidak sedarkan diri dan komputer masih berada dalam keadaan live, manakala haiwan beracun itu masih berada di atas meja.

Sun yang juga merupakan seorang blogger baru sahaja memperkenalkan permainan baharu memakan serangga dengan menggunakan papan putar.

Sesi terakhir live blogger terbabit dipercayai pada pukul 7.53 malam pada Khamis, namun video live blogger makan lipan dan cicak tokek itu kini sudah dipadam dan polis masih menyiasat punca sebenar yang membuat Sun terbunuh.

Sumber : Metro

Cacing Sepanjang 1.8 Meter Dalam Perut, Punca Makan Daging Babi

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. (Video) Challenge Makanan Pelik, Lepas Muntah Makan Balik
  2. Masuk Ke Sangkar Ular, 'Raja Ular Perlis' Parah Dipatuk Tedung Selar - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*