Alat Sulit Tersekat Dalam Batang Besi Paip, Bomba Terpaksa Potong

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Akibat tindakan yang sangat ‘cerdik’, seorang remaja berhadapan dengan saat getir dalam hidupnya apabila alat sulit yang dimasukkan ke dalam lubang paip besi gagal tersekat dan gagal dikeluarkan lebih kurang sejam.

BACA : “Suami Saya Masukkan Masa Dia Mabuk” – Doktor Terkejut Jumpa ‘Handle’ Motosikal Dalam Rahim

Menurut portal Sinar Harian, kejadian yang berlaku di kediamannya di Tangkak, sekitar jam 10 malam tadi, menyebabkan pihak bomba terpaksa bertindak memotong paip besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu.

Namun, usaha ahli bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak itu gagal mengeluarkan batang besi paip tersebut daripada alat sulit selepas batang besi paip itu berjaya dipotong.

Disebabkan gagal dikeluarkan, remaja tersebut terpaksa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk kerja mengeluarkan paip besi yang telah dipotong tadi.

“Kes berjaya diselesaikan dengan kepakaran pihak hospital dan mangsa dilaporkan stabil.

“Namun, kejadian itu menyebabkan alat sulit mangsa bengkak serta luka kecil,” – Bomba

Akhirnya, batang besi paip tersebut berjaya dikeluarkan, manakala remaja itu dilaporkan stabil dan alat sulit hanya mengalami bengkak serta luka kecil sahaja. Syabas anak muda!

Menurut salah seorang netizen, Shahzana Othman memberitahu kejadian memasukkan alat sulit ke dalam batang besi paip itu berlaku semasa hujan lebat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*