Kerana Youtube, Rumah Tangga Aliff Syukri Bergolak? Bonda Rozita Dedah Punca Sebenar

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Jika anda mengikuti media sosial Instagram pengasas kosmetik terkenal Dato Seri Aliff Syukri atau pun Youtube Channel TV Terlajak Laris, mungkin korang perasan wajah isterinya, Datin Seri Shahida Abdul Rashid sejak kebelakangan ini tiada dalam rakaman.

BACA : Habiskan RM200 Ribu Beli Handbag Isteri, Aliff Syukri Sedih Isteri Tak Hargai

Jika dilihat Instagram mereka berdua, masing-masing meluahkan rasa sedih dan tiada lagi gambar bersama-sama antara Aliff dan Shahida.

Mungkin tidak mahu rumah tangga mereka berdua retak, ibu Aliff Syukri tampil menjelaskan perkara sebenar mengenai perkara terbabit menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut Bonda Rozita, Aliff Syukri memarahi isterinya kerana tidak mahu membuat rakaman “Oh Abang Kosmetik” bersamanya dengannya.

“Malam tadi Kri ajak saya shooting “oh abg kosmetik”.. Dia marah dgn Ida sebab Ida banyak tingkah (saya faham dia sarat & tersinggung dgn Kri) Sbb Ida tak nk shooting. Saya kata dgn Kri, jgn buat hal cari pasal biarkan Ida yg tgh sarat mengandung.. Tlg hormati dia..” – jelas Bonda Rozita di Instagram

Dalam pada itu, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian Bonda Rozita itu dan memuji kebaikan ibu Aliff Syukri yang mendakwa perkara yang benar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Kenapa Edit Caption?" - Aliff Syukri Sindir Isteri Di Instagram, Datin Shahida Tinggalkan Komen - TEHPANAS
  2. “Kenapa Edit Caption?” – Aliff Syukri Sindir Isteri Di Instagram, Datin Shahida Tinggalkan Komen - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*