Bonus Raya Penjawat Awam Diumumkan, Bukan RM1,000 Seperti Yang Diharapkan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebelum ini CUEPACS ada memohon sebanyak RM1,000 untuk Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjawat awam, manaka RM500 untuk pejawat awam yang sudah pencen.

BACA : Bonus Raya RM1,000 Untuk Penjawat Awam, CUEPACS Harap Kerajaan Beri Sebelum Hari Raya

Namun harapan itu semua musnah apabila kerajaan hari ini mengumumkan agihan Bantuan Khas Kewangan hanya RM450 bagi Gred 56 dan ke bawah sebagai persedian menyambut Aidilfitri.

Manakala bantuan khas sebanyak RM225 turut diberikan kepada hampir 800,000 pesara kerajaan di seluruh negara.

Berita tersebut telah diumumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini dan bantuan khas raya itu akan dibayar pada 24 Mei ini, Jumaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*