Bonus Raya RM1,000 Untuk Penjawat Awam, CUEPACS Harap Kerajaan Beri Sebelum Hari Raya

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pasti ramai penjawat awam tertanya-tanya bilakah tarikh bayaran bonus hari raya 2019 kali ini kan?

Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan akan memberi bonus raya kepada penjawat awam dan pesara kali ini diberikan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut laporan Sinar Harian, Presiden CUEPACS juga telah berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan menghantar surat kepada Perdana Menteri serta Menteri Kewangan agar pemberian bantuan khas raya 2019 itu menjadi kenyataan.

Pihak CUEPACS memohon agar setiap penjawat awam diberikan bonus RM1,000, manakala bagi pesara RM500 dan kali ini tiada sekatan kerana semua Gred 54 ke bawah seharusnya layak menerimanya berbanding sebelum ini hanya Gred 41 ke bawah sahaja yang menerima bonus raya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Umum Tarikh Bonus Hari Raya 2019, Negeri Sarawak Jadi Yang Pertama - TEHPANAS
  2. Bonus Raya Sebanyak RM1,000, Hanya Untuk Kakitangan Kerajaan Negeri Melaka Sahaja - TEHPANAS
  3. Bonus Raya Penjawat Awam Diumumkan, Bukan RM1,000 Seperti Yang Diharapkan - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*