Bos Upin & Ipin (Les’ Copaque) Tidak Tahu Kewujudan Kartunis Ujang Dalam Syarikat, Tapi Arahkan Untuk Pecat

09/05/2017

Isu kartunis Ujang yang dipecat oleh penerbit komik Upin & Ipin 3 hari lepas menjadi tanda tanya terutamanya peminat kartunis legenda tanah air itu apabila belum ada jawapan munasabah walaupun daripada pemilik hakcipta Upin & Ipin, Les’ Copaque Production Sdn Bhd sendiri.

BACA : Penerbit Komik Upin & Ipin Berhentikan Ujang Melalui Telefon, Ujang Dedahkan Taktik Kotor Mereka

Melihat isu kartunis Ujang dipecat 24 jam menjadi viral di laman sosial, akhirnya pemilik hakcipta Upin & Ipin, Burhanuddin Md Radzi menjelaskan kartunis Ujang atau nama sebenar, Ibrahim Anon diberhentikan kerana kemerosotan jualan komik kanak-kanak itu termasuk ‘cerita memasak’ di dalamnya yang telah menyimpang.

“Tindakan itu diambil selepas mengadakan pertemuan dengan penerbit komik. Sejak dua bulan lalu, isi kandungan komik Upin dan Ipin banyak menyimpang dan kami mendapati ia tidak mempunyai kaitan dengan kanak-kanak. Malah terdapat cerita memasak pula di dalamnya,” – Burhanuddin Md Radzi.

Tapi yang menariknya, Burhanuddin sebelum ni mendakwa tidak tahu mengenai kewujudan kartunis Ujang sebagai penasihat untuk komik Upin & Ipin dan peranan Ujang selama enam tahun di syarikat Nyla Sdn Bhd.

“Kami tak suruh (arah pecat) tetapi kalau sudah tidak boleh menasihat, tidak perlu jadi penasihat. Itu yang dia balik dan buang Ujang dalam tempoh 24 jam,” – Burhanuddin.

Jawapan macam nak ‘cuci tangan’ jer ni. Mungkin jawapan bagi kisah pengarah pertama Upin & Ipin yang tidak didedahkan dahulu sudah terjawab.


Pengasas Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi

Kalau yang pernah mengikuti zaman ‘kemusnahan’ team Nizam Razak, pengarah pertama Upin & Ipin yang keluar daripada Les’ Copaque dahulu dan menubuhkan syarikat Animonsta dengan produk mereka, Boboiboy.

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: