“Customer Nak Lemang” – Buat GrabFood Guna Ducati, Netizen Teruja Habis!

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Biasa kita lihat GrabFood rider akan menggunakan motosikal cub untuk membuat perkhidtmatan GrabFood, tetapi berbeza dengan lelaki ini yang menggunakan motosikal berkuasa tinggi Ducati Hypermotard 950 yang membuat ramai netizen teruja.

Menerusi laman Twitter, Herry Sevani berkongsi video yang memaparkan dia sedang membeli lemang untuk pelanggan yang mahukan dihantar ke rumahnya dan dia memberitahu dia menggunakan motosikal Ducati untuk menghantar lemang tersebut.

Customer nak lemang, aku belikan lemang. Jangan takut kalau order dengan aku, aku buat penghantaran paling cepat dari orang lain,” – tulis Herry Sevani berseloroh di Twitter

Herry mengatakan sekiranya memesan daripadanya, dia akan membuat penghantaran paling cepat berbanding dengan Grabfood rider yang lain.

Menurut Herry, dia membuat perkhidmatan Grabfood bukanlah sekadar untuk mengaut keuntungan, niatnya lebih kepada untuk membantu orang yang tiada masa untuk membeli barang keperluan.

Dia hanya buat penghantaran sekiranya ada pelanggan menghantar mesej kepadanya sewaktu masanya terluang dan cukup untuk mengisi minyak motosikal pun sudah memadai baginya.

“Saya buat bukan nak untung pun, saya just membantu org yang tiada masa nak membeli itu ini dan nak cepat.

Dan saya buat bila ada orang DM (mesej) minta, kalau free saya buat. Lepas duit minyak pun okay.” – jawab Herry Sevani soalan netizen

Rata-rata netizen teruja dengan lelaki tersebut dan pelbagai reaksi serta komen dari netizen mengenai perkongsian Herry di laman Twitter yang mendapat lebih 4,600 retweet.

Selain itu, ada juga netizen yang menjadikan Herry sebagai inspirasi untuk memiliki superbike Ducati sepertinya dan dia memberi kata nasihat supaya berusaha sekiranya ingin mendapatkan apa yang ingin dimiliki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. “Customer Nak Lemang” – Buat GrabGood Guna Ducati, Netizen Teruja Habis! - Info Sebenar
  2. “Customer Nak Lemang” – Buat GrabFood Guna Ducati, Netizen Teruja Habis! - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*