Budak 12 Tahun Ditahan Polis, Rogol Anak Asuhan Ibunya Tiga Kali

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Polis telah menahan seorang budak lelaki berusia 12 tahun selepas dipercayai merogol kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dijaga oleh ibunya di rumah mereka di Batu Gajah, malam tadi.

Budak lelaki itu sudah melakukan perbuatan jijik itu terhadap mangsa yang berusia 4 tahun itu sebanyak tiga kali sejak awal Ramadan lalu.

Menurut pihak polis, kejadian itu terbongkar Khamis lalu selepas mangsa mengadu sakit pada bahagian kemaluannya dan memberitahu suspek yang dipanggil sebagai abang membuka seluarnya dan memegang kemaluannya.

Ibu suspek yang berusia 42 tahun tidak bekerja dan hanya mengambil upah mengasuh lapan kanak-kanak berusia antara dua hingga 11 tahun dari 6.30 pagi hingga 9 malam.

Siasatan awal polis mendapati mangsa sudah dijaga oleh ibu suspek sejak Oktober 2017 sehingga kini di rumahnya.

“Ibu mangsa kemudiannya bertanya kepada mangsa bagaimana suspek pegang, mangsa hanya memberitahu ‘sakit ibu’ dan tidak dapat menceritakan bagaimana suspek menyentuh kemaluannya.

“Kejadian dipercayai berlaku sebanyak tiga kali iaitu pertama pada awal Ramadan (tarikh sebenar tidak pasti), kali kedua pada 31 Mei dan ketiga pada 17 Jun lalu,” – Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri.

Pemeriksaan perubatan sudah dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh dan mendapati terdapat kesan koyakan pada pelbagai posisi hingga menyebabkan selaput dara mangsa pecah.

“Terdapat kesan kemerahan pada bahagian ‘introitus’ dan kawasan dubur mangsa disyaki berlaku kemasukan dalam kemaluan mangsa oleh objek tumpul.

“Kesan itu tidak dapat dipastikan kesan lama atau baru kerana kejadian sudah tiga kali berlaku,” – Ahmad Adnan Basri.

Hasil siasatan mendapati punca suspek melakukan perbuatan itu disebabkan terangsang melihat video di dalam telefon bimbit.

Suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*