Budak Lelaki Ini Tidak Sedar Kacang Tumbuh Dalam Telinga

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang doktor terkejut apabila melihat kacang yang telah tumbuh dan bercambah jauh di dalam rongga telinga seorang budak lelaki yang berusia 6 tahun.

Pada mulanya ibu budak lelaki tersebut cuba membersihkan telinga anaknya, Haohao dan masa itulah ibunya baru sedar dengan kacang yang telah pun tumbuh.

Demi keselamatan anaknya, ibunya bergegas ke sebuah klinik pakar telinga, hidung dan tekak di daerah Beijing dan Dr. Zhang Xiao Chun mengambil masa selama 30 minit untuk mengeluarkan kacang tersebut dari telinga Haohao.

“Mungkin ia termasuk ke dalam telinganya tanpa disedari ketika Haohao bermain pasir atau mungkin juga rakannya memasukkannya ke situ tanpa disedarinya,” – Dr. Zhang Xiao Chun.

Menurutnya, kacang itu berjaya dikeluarkan selepas pembedahan selama 30 minit.

Dr. Zhang menjelaskan lebih lanjut mengenai bagaimana kacang boleh tumbuh di dalam telinga disebabkan oleh keadaan suhu di dalam telinga sekitar 37 darjah celsius dan lembap amat sesuai untuk pembesaran kacang.

TehPanas – Mungkin budak ni cuba untuk tanam tauge…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*