“Budak Sekolah Pun Minta Gambar Payudara” – Zizi Kirana Anggap Hati Netizen Kotor

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Penyanyi Zizi Kirana mendakwa masih diganggu dengan benda-benda lucah hingga sekarang sehinggakan budak-budak sekolah berani minta gambar payudaranya.

BACA : Peminat Hantar Foto Lucah, Zizi Kirana Terkejut & Seram Sejuk

Dia juga meminta netizen tidak berfikiran kotor setiap kali melihat imej seksinya di laman sosial kerana merasakan imej seksinya bukanlah satu masalah.

Menurut Zizi, netizen perlu membersihkan hati mereka sebelum bertindak menghentam dan meninggalkan komen-komen bersifat penghinaan.

“Sebenarnya bukan pakaian saya bermasalah tetapi jiwa mereka. Sepatutnya mereka betulkan hati dahulu sebelum tegur imej saya.

“Jangan nak sakit jiwa sangat,” – jelas Zizi kepada mStar.

Walaupun sering diganggu dengan perkara lucah di laman sosial, Zizi tidak pernah terfikir untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.

“Sampai sekarang pun saya masih diganggu dengan benda-benda lucah. Budak-budak sekolah yang masih minta duit mak ayah untuk beli topup berani minta saya gambar payudara.

“Tetapi saya rasa tak perlu sampai nak dedahkan siapa mereka kerana tak mahu sampai memalukan. Tak dinafikan netizen kalau komen seolah-olah mereka maha benar… semua benda mereka nak kritik.” – Zizi Kirana

Zizi mengakui lebih baik membiarkan sahaja semua komen berbaur lucah itu, jika netizen disekat pun, akan ramai lagi yang komen bukan-bukan terhadapanya.

“Lelaki Tua Pun Okay, Asalkan Bukan Suami Orang” – Zizi Kirana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*