Buka Tudung Ketika Berlakon, Zarina Zainuddin Minta Maaf

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Demi untuk menjayakan watak lakonan di dalam drama, Zarina Zainuddin sanggup membuka tudung di dalam sesetengah drama yang dilakonkannya.

BACA : Ibu Zarina Zainuddin Gaduh Dengan Zarina Anjoulie, Zarina Zainuddin Mohon Maaf

Atas keprihatinan peminat Zarina, ada segelintir peminat mengkritik dengan tindakan Zarina yang tidak berhijab dalam lakonannya.

Sedar atas kritikan tersebut, Zarina memohon maaf kepada semua peminat dan pihak yang tidak senang melihat dalam lakonannya tanpa tudung.

“Sebelum ini saya pernah jelaskan, walaupun sudah berhijab, mungkin saya membuka tudung bagi sesetengah drama.

“Memang salah cara itu dan kalau nak diikutkan, berlakon juga tetap berdosa biarpun bertudung labuh.

“Maafkan diri ini seandainya ada pihak yang tidak senang melihat saya di kaca televisyen (TV) tanpa tudung bagi sesetengah drama.

“Suami saya pun tidak menggalakkan cara saya ini. Dia juga sudah berpesan, kalau boleh jangan buka tudung. Tindakan ini ialah salah saya sendiri,” – Zarina Zainuddim.

Oh ya, rupanya sebelum ini Zarina ada menjelaskan akan membuka tudung bagi sesetengah drama walaupun sudah berhijab. Syabas!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Jual Kosmetik Tidak Bernotifikasi, Zarina Zainuddin Didenda RM17,500 - TEHPANAS
  2. Jual Kosmetik Tidak Bernotifikasi, Zarina Zainuddin Didenda RM17,500 - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*