Malu Ada Anak Luar Nikah, Bapa Bunuh Bayi 3 Bulan Dengan Kejam

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Malu status anaknya yang dianggap anak luar nikah hasil daripada hubungan sulit sebelum bernikah, seorang bapa sanggup membunuh anak kandungnya yang berusia 3 bulan.

Portal Tribunjakarta melaporkan kejadian yang berlaku di Kebon Jeruk, Jakarta Barat, Indonesia, 27 April lalu semasa mangsa yang dikenali sebagai KQS dijaga oleh bapanya sementara ibunya pergi ke pasar.

BACA LAGI :
⚡️Bunuh Anak 3 Tahun, Bapa & Teman Wanita Dihukum Gantung Sampai Mati
⚡️Bapa Terpijak iPhone, Anak Tetak Bapa Guna Kapak Sampai Mati

Ibu mangsa yang dikenali sebagai SK balik ke rumah dan terkejut apabila dapati anaknya sudah tidak bernyawa dan suaminya dikenali sebagai MS memberitahu mangsa tersedak susu sebelum meninggal dunia.

Ibu mangsa terus membawa mangsa ke hospital dan laporan hospital curiga dengan laporan suspek dan menasihatkan ibu mangsa untuk membuat laporan polis.

Polis menahan suspek dan hasil siasatan lanjut mendapati suspek di bawah pengaruh dadah dan mengaku telah membunuh mangsa kerana malu dengan mangsa yang merupakan anak luar nikah dan percaya dia akan membawa malang kepada keluarga.

Siti Khalifa, ibu mangsa

Mangsa sebenarnya anak luar nikah hasil hubungan suspek dengan ibu mangsa sebelum berkahwin dan semasa ibu mangsa hamil, dia telah mengugut suaminya yang dia akan curang sekiranya tidak mahu bertanggungjawab ke atas kandungannya itu.

Suspek juga kerap memberitahu isterinya bayi itu akan membawa sial dalam keluarga di kemudian hari dan pernah menyuruh isterinya untuk mengugurkan kandungannya.

Rupa-rupanya, mangsa didera semenjak berusia sebulan lebih dan pada hari kejadian, bapanya mendera mangsa dengan mematahkan kaki, punggung, menggigit wajah kiri mangsa, manakala mukanya dipukul dan ditumbuk menyebabkan hidung mangsa hancur serta bibirnya pecah.

Bukan itu saja, tangan dan kaki mangsa turut dipatah, ditarik, dipulas berulang kali sehingga berbunyi ‘krek’ barulah suspek berhenti mendera dan polis yakin suspek bertindak kejam kerana terpengaruh dengan sindiran orang dan maklumat yang tidak tepat dia perolehi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Bengang Dimarah Balik Lewat Malam, Suami Bunuh & Bakar Isteri Dalam Tong Drum

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*