Bunuh & Bungkus Abang Dalam Plastik, Suspek & Teman Lelaki Direman 6 Hari

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara kerana handphone, seorang remaja perempuan dan teman lelakinya sanggup membunuh abangnya sebelum membungkus mayat mangsa dan diletakkan di belakang sebuah rumah kosong di Taman Glenview, Kamunting, Taiping.

Suspek yang berusia 15 tahun dan teman lelaki berusia 15 tahun ditahan di rumah masing-masing pada jam 4.25 petang semalam dan direman selama enam hari di Mahkamah Taiping bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Hidayah Ismail bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua suspek tiba di mahkamah berpakaian lokap pada jam 8.30 pagi yang diiringi oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

Kawasan mayat mangsa dijumpai (Gambar sumber Facebook)

Kedua-dua suspek ditangkap selepas membuat pengakuan bertindak mengelar leher dan kedua-dua tangan serta menyerkup kepala mangsa dengan plastik untuk membunuhnya.

Motif pembunuhan dipercayai gara-gara pergaduhan berpunca daripada telefon bimbit sehingga kedua-dua suspek sanggup membunuh mangsa dan dipercayai mengelar leher mangsa serta kedua pergelangan tangan mangsa dengan pisau.

Gambar suspek pembunuhan S Sritharan

Mayat mangsa, S Sritharan, 16 tahun, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward V, di sini ditemui dua hari selepas dilaporkan hilang oleh keluarga mangsa pada 5 Julai.

Sumber : Sinar Harian

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Dalam Reban Ayam Pun Boleh!" - Lelaki Tertidur Selepas Maksiat Bersama Kekasih 13 Tahun Dalam Reban Ayam - HOIVIRAL
  2. Berang Disuruh Mencari Kerja, Remaja Perempuan Tetak Ibu Kandung Sendiri - HOIVIRAL
  3. "Polis Yakin Mayat Nora Anne" - Mayat Tidak Berpakaian Ditemui Berhampiran Resort Penginapan - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*