Bunuh Kawan Baik Demi Ganjaran RM37.4 juta, Remaja Dipenjara 99 Tahun

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang remaja sanggup yang merupakan perancang bersepakat dengan rakannya untuk membunuh rakan baik selepas seorang lelaki yang dikenali dalam talian menawarkan AS$9 juta (RM37.4 juta) untuk melakukan jenayah itu.

Denali Brehmer, remaja berusia 18 tahun dari Alaska itu direkrut untuk membunuh rakannya oleh Darin Schilmiller, 21 tahun, dari Indiana.

Schilmiller yang mengenali Brehmer dalam talian menggunakan identiti palsu sebagai seorang jutawan bernama ‘Tyler’ menawarkan AS$9 juta (RM37.4 juta) untuk membunuh Cynthia Hoffman, 19 tahun, rakan baik kepada Schilmiller.

Sejak berkenalan dalam talian, mereka merancang untuk merogol dan membunuh seseorang di Alaska dan setiap rakaman video serta gambar serangan yang diserahkan kepadanya.

Brehmer kemudian merekrut empat lagi remaja untuk melakukan rancangan jenayah itu dan pada 2 Jun lalu, Hoffman diajak melakukan aktiviti mendaki di timur laut Anchorage.

Sampai di lokasi, Hoffman terus diikat dengan pita pelekat dan ditembak di belakang kepala, sebelum dihumban ke dalam sungai. Mayat Hoffman hanya ditemui pada 4 Jun lalu.

Pada Jumaat lalu, juri sepakat memutuskan keenam-enam defendan didakwa melakukan dan merancang pembunuhan dengan niat, dua pertuduhan melakukan pembunuhan tanpa niat dan beberapa pertuduhan lain.

Mereka semua berdepan hukuman penjara 99 tahun untuk setiap tuduhan membunuh, lapor Harian Metro.

1 Trackback / Pingback

  1. Bunuh Kawan Baik Demi Ganjaran RM37.4 juta, Remaja Dipenjara 99 Tahun - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*