Berang Kekasih Adalah Mak Nyah, Doktor Bunuh & Mayat Dimasak Dalam Oven

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang doktor berang selepas mendapat tahu teman wanita sebenarnya adalah lelaki yang telah melakukan pembedahan penukaran jantina.

LIHAT : 26 Gambar Pondan Sebelum dan Selepas Pembedahan

Daily Mail melaporkan Mikhail Tikhonov, 27 tahun, terus mencekik hingga mati selepas rahsia teman wanitanya itu terbongkar dan memasak sebahagian mayat mangsa di dalam oven manakala bakinya dipam dalam mangkuk tandas.

Rahsia itu terbongkar apabila Mikhail keluar bersama Nina Surgutskaya, 25 tahun, di Kursk, Rusia sebelum pulang ke kediaman mangsa.

Sampai di rumah mangsa, mereka minum minuman keras dan semasa melakukan hubungan kelamin, lelaki itu menyedari pasangannya itu adalah mak nyah yang telah melakukan pembedahan penukaran jantina.

Mikhail berang dan terus mencekik mangsa sehingga mati dan mayatnya disembunyikan sebelum menghapuskan mayat Nina.

Polis menerima laporan kehilangan Nina selepas ibunya membuat laporan polis dan Mikhail ditahan polis untuk siasatan.

Hasil siasatan polis mendapati selepas membunuh mangsa, Mikhail membawa mayat Nina ke bilik air dan mula memotong mayat mangsa kepada bahagian kecil dan dimasak di dalam oven manakala bakinya dipam di dalam mangkuk tandas.

Gambar kiri mangsa, Nina Surgutskaya dan kanan adalah suspek, Mikhail Tikhonov

Manakala kepala mangsa disimpan di dalam beg dan dibawa balik ke rumahnya dan dipotong kecil sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Semasa polis datang untuk menahannya, polis turut menemui kepala mangsa yang masih bersambung dengan tulang belakang dan dilumur dengan garam bagi tujuan untuk menghilangkan baunya.

Gambar tempat kejadian dan barang bukti

Mikhail juga mendedahkan dia tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuang mayat mangsa dan masa itulah dia ditangkap.

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Block Nombor Di WhatsApp, Lelaki Ini Bunuh Bekas Kekasih - TEHPANAS
  2. Bengang Nombor Kena Block Di WhatsApp, Lelaki Ini Bunuh Bekas Kekasih - TEHPANAS
  3. (Video) "Saya Peluk Mak Nyah, Tak Peluk Wanita" - Ustaz Ebit Lew Dakwah Di Lorong Gelap

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*