Caliph Buskers Beri Amaran Kepada Adam Adli & Kumpulan ‘Kita Lawan’

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pemuzik jalanan Caliph Buskers yang mencari rezeki dengan membuat persembahan di sekitar pusat beli-belah, Sogo, Kuala Lumpur memberi amaran kepada Adam Adli dan penyokong perhimpunan ‘Kita Lawan’ tidak mengganggu lokasi kumpulan-kumpulan pemuzik jalanan mencari rezeki.

[BACA : MISTERI BERATUS EKOR NYAMUK MENYERANG ANWAR IBRAHIM]

Caliph Buskers juga berharap perhimpunan haram ‘Kita Lawan’ yang bertujuan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Penjara Sungai Buloh diadakan pada 7 Mac 2015 nanti yang sudah pasti menimbulkan kontroversi dan mengganggu keamanan.

“Saya harap benda ini tidak berlanjutan. Bukan sahaja Caliph Buskers yang mencari rezeki di sana namun banyak lagi kumpulan buskers di sekitar Sogo. Orang ramai datang di sini bukan untuk melihat perhimpunan haram.

“Kenapa mereka hendak menyekat periuk nasi pemuzik jalanan dengan perhimpunan sedemikian? Kalau ia menimbulkan kontroversi dan mengganggu keamanan, apa guna ia dianjurkan?”

“Janganlah ganggu tempat orang ramai ini dan buskers lain mencari rezeki dari pagi sehingga malam di sekitar lokasi. Jangan timbulkan kontroversi di tempat tumpuan awam.

“Tidak elok jika diadakan perhimpunan di sana. Orang hendak membeli-belah dan bergembira, bukan kecoh-kecoh seperti yang dilakukan mereka,” – Caliph Buskers.

Selain Adam Adli, anak kepada Anwar Ibrahim iaitu Nurul Nuha salah seorang yang akan memberi ucapan pada perhimpunan haram itu nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*