“Dia Tak Tidur 4 Hari” – Caprice Dedah Masalah Sebenar Zynakal, Netizen Dakwa Ambil Dadah

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila penyanyi Zynakal memuat naik screenshot perbualan WhatsApp antara dirinya dan pengarah muzik stesen radio Era, Eiz Era viral dan hangat diperkatakan oleh netizen.

BACA : Artis ‘BBNU’ Ditahan Polis, Cekik Pekerja Stesen Minyak & Cabar Polis

Perkara itu menyebabkan netizen memberi kecaman kepada penyanyi rappers yang popular dengan lagu ‘Terbang’ itu dan mendakwa ayat digunakan olehnya agak keterlaluan dan tidak beradab.

Terpanggil untuk mendedahkan cerita sebenar rakannya, menerusi video di Instagram, Caprice menjawab persoalan netizen mengenai situasi yang berlaku terhadap Zynakal.

Caprice menjelaskan semenjak dua minggu lalu, Zynakal sangat berbeza dan itu bukanlah dirinya yang sebenar.

Malah, rakan-rakannya yang lain turut tidak mempercayai semua itu dilakukan oleh Zynakal.

“Tanyalah semua yang rapat dengan dia, itu bukan Zyn.

“Dia tak balik rumah, tak tidur empat hari, dia bergaduh dengan ramai orang termasuk Rusa Music dan radio Era,” – jelas Caprice di dalam video itu.

Menurut Caprice lagi, dia bersama penyanyi Sufian Suhaimi turut membawa Zynakal untuk berubat di Hulu Langat selepas bimbang jika terdapat gangguan makhluk halus, namun tiada apa pun yang mengganggunya.

“Saya saya syak ia mungkin gangguan mental. Insya-Allah dia akan dapat bantuan professional,” – Caprice.

Caprice juga mewakili Zynakal untuk memohon maaf atas kesalahan dan masalah yang ditimbulkan oleh Zynakal dan mengharapkan semua mendokan yang terbaik untuk dia.

Tak Tidur 4 Hari, Netizen Dakwa Zynakal Ambil Dadah?

Setengah netizen mendakwa biasanya orang yang tidak tidur selama empat hari atau lebih, tidak mustahil ada mengambil dadah.

Ada juga yang berpendapat, Zynakal terkena kejutan budaya dan ada juga yang mengatakan semuanya adalah gimik untuk lagu baru Zynakal yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Dalam pada itu, ramai juga yang mahukan Caprice terus membantu Zynakal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu.

Video Caprice Dedah Cerita Sebenar Zynakal

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Artis 'BBNU' Zynakal Didenda RM2,800 Cederakan Pekerja Stesen Minyak & Halang Kerja Polis - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*