“Salah Faham & Fitnah!” – Dua Remaja Dituduh ‘Mengunyit’ Atas Motosikal Dedah Cerita Sebenar

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebelum ini tular sebuah video yang memaparkan dua remaja lelaki berkelakuan tidak senonoh atau erti kata lain ‘mengunyit’ di kawasan perumahan Sungai Isap, Kuantan tampil memberi penjelasan.

BACA : Mufti Arahkan Henti Promosi Nasi Lemak Pondan & Gay Serta Merta

Menerusi pendedahan satu mesej WhatsApp, dua remaja lelaki yang berusia 18 tahun itu sebenarnya bersahabat baik dan mengakui perlakuan mereka beberapa kali berpelukan dalam video tersebut ada kisahnya tersendiri.

Menurut cerita yang didedahkan oleh dua remaja yang hanya dikenali Izzul dan Aliff itu, apa yang dilihat dalam video berdurasi 49 saat itu bukanlah seperti yang difikirkan oleh orang ramai.

“Saya rasa semua dah tahu pasal gambar dan video yang viral di Sungai Isap. Saya mengaku itu adalah saya. Tetapi semua itu cuma salah faham dan hanya fitnah.

“Saya harap kamu semua tidak percayakan itu,” – tulis Izzul menerusi WhatsApp

Dia turut menjelaskan tindakan memeluk kawannya itu adalah untuk berkongsi perasaan sedih kerana dia bakal menyambung pengajian dan Aliff memujuknya supaya jangan menangis.

“Saya tak yakin boleh buat semua tu. Saya tak nak menangis depan mak ayah sebab tak nak mereka sedih. Saya nak mereka happy bila saya masuk belajar nanti.

“Jadi masa saya sedih tu, Aliff peluk dan pujuk supaya tidak menangis, dia bagi kata-kata semangat. Itulah yang sebenarnya terjadi,” – tulis Izzul lagi.

Dia juga berharap semoga tidak ada perkara buruk berlaku ke atas mereka dan menyeru supaya semua orang akan menyokong mereka berdua.

Terdahulu, video dua lelaki ‘mengunyit’ atas motosikal itu mendapat pelbagai kritikan dan kecaman netizen di Facebook, lebih-lebih lagi daripada penduduk di kawasan Sungai Isap, Kuantan itu sendiri.

Video 2 remaja lelaki ‘mengunyit’ atas motosikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*