Pelanggan Lain Dedah Cerita Sebenar Pekerja Ninso Mengamuk Baling Papan Tanda ‘Close’ Pada Perakam

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Heboh di media sosial mengenai rakaman video pekerja Ninso yang dalam keadaan marah memaki hamun perakam yang merupakan seorang pelanggan di premis tersebut.

BACA : Berang Disuruh Mencari Kerja, Remaja Perempuan Tetak Ibu Kandung Sendiri

Bengang dirinya dirakam, pekerja Ninso yang merupakan cashier itu mengambil papan bertanda ‘close’ di atas meja kaunter bayaran dan membaling ia tepat ke muka pelanggan terbabit menyebabkan handphone pelanggan tersebut terpelanting.

Menurut si perakam yang dikenali sebagai Nurshaidah Hamdan, mengikut nama Facebook miliknya, dia merakam perbuatan pekerja Ninso itu sambil memarahinya dan meminta ketua pekerja di Ninso itu berjumpa dengannya.

Okay, itu apa yang kita lihat dan dengar daripada video yang kononnya pelanggan tersebut yang betul, bukan?

Namun, pelanggan yang kebetulan berada di situ pada masa yang sama, menjelaskan cashier terbabit tengah melayan pelanggan yang lain dan pelanggan terbabit meminta pekerja Ninso itu mengambil barang yang tergantung di belakang tempat cashier itu.

“Saya ada masa nie. Customer nie nak beli barang yang gantung kt belakang tu. Tapi dia tak sabar. Cashier nie tengah layan customer yang nak bayar beratur ramai.

Tapi akak nie diri kt tepi tunggu cashier tu siap. Tak silap akak tu baru jee tunggu. Then masa saya nak bayar tu, saya tengah keluarkan duit, cashier tu tanya dia.

Dengan nada yang baik dan sopan lah kn. Tapi akak tu terus marah cakap, ” awak tahu tak berape lama saya tunggu kt sini. Susah lah nak beli barang gantung kat situ ” .

Aku yang berdiri kat situ pun rasa marah kot bile akak tu cakap macam tu. Well hello, cashier tu tengah serve customer nak bayar. Kau berdiri macam patung kt situ buat ape. Kau beratur lah kalau dah tahu nak beli barang kt belakang tu.

Dan akak tu punya nada agak kasar. Cashier tu buat keje kak, bukan suka suka goyang kaki. Ramai lagi staff lain akak boleh panggil.” – pelanggan Ninso (saksi).

Pelanggan itu terus memarahinya sebab dia dah berdiri lama di situ, sedangkan menurut saksi, dia baru saja berdiri dan menunggu semasa cashier tengah melayan customer yang sedang membuat bayaran.

Kalau ikutkan apa yang si perakam ni update di laman Facebook miliknya, kes bergaduh dengan Ninso ini telah pun selesai.

Apa-apapun dengarnya kes cashier baling barang ni katanya dah selesai dan perkara ini disahkan oleh customer tu sendiri yang membuat pengakuannya di Facebook.

Menurut Nurshahidah, pihak Ninso Batu Pahat dan keluarga gadis cashier itu sudah berjumpa dengannya dan mereka membuat keputusan untuk menutup kes ini secara damai. Ye ke ni?

Video pekerja Ninso baling papan tanda ‘close’ pada pelanggan ‘mulut puaka’

1 Trackback / Pingback

  1. "Dia Panggil Saya Perempuan Sundal!" - Gadis Ninso Dedah Cerita Sebenar Dia 'Naik Hantu' - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*