Cerita Sebenar Pistol Amir Ukays Terbongkar

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Ramai yang sedia maklum mengenai penyanyi Amir Ukays ditangkap oleh pihak polis kerana memiliki senjata api semalam dan mendapat perhatian ramai peminat dan pihak media.

Ramai yang mengecam penyanyi yang namanya kembali meniti bibir peminat selepas mennyertai rancangan Gegar Vaganza musim kedua ini sebagai penjenayah dan perompak apabila memilik pistol jenis Walther CP99 berwarna hitam.

Hakikatnya, bekas vokalis kumpulan Ukays ini, Mohd Azmir Muhammad Yusof dibebaskan oleh pihak polis selepas soal siasat dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Amir Ukays juga tidak direman dan berita beliau direman adalah tidak benar.

Pistol tersebut sebenarnya adalah pistol mainan (pistol tembak cicak) milik anaknya atas pemberian seorang peminat padanya kira-kira lapan bulan lalu.

“Selalunya, saya letak pistol berkenaan di rumah untuk kegunaan menembak cicak, tetapi pada tengah hari semalam, anak saya membawa turun dan tertinggal dalam kereta.

… Saya tidak sempat membawa naik semula kerana bergegas ke studio untuk latihan vokal program Gegar Vaganza2.”

– Amir Ukays

Amir Ukays yang ditahan pihak polis sebaik sahaja mematikan enjin kereta di hadapan rumah kerana pihak polis nampak sepucuk pistol di sebelah peha Amir Ukays.

Amir Ukays juga memberitahu bahawa beliau tidak tahu walaupun pistol mainan, tetapi seharusnya mempunyai lesen untuk memilik pistol tersebut.

Jadi, kepada peminat Amir Ukays, beliau akan beraksi pada minggu ini dalam rancangan Gegar Vaganza2 kerana beliau bebas di atas semua tuduhan. Alhamdullillah…

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*