Challenge Makanan Pelik, Lepas Muntah Makan Balik

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara untuk menaikkan followers dan jumlah tontonan, seorang remaja sanggup membuat aksi yang didakwa oleh netizen suatu yang sangat bodoh.

BACA : Blogger Ditemui Mati Selepas Buat ‘Live Video’ Makan Lipan & Cicak Tokek

Menerusi laman Twitter, seorang remaja yang dikenali sebagai Aqiel memuat naik rakaman dia menyahut cabaran mencuba makanan pelik mendapat kecaman hebat dari pengguna Twitter yang lain.

Ini disebabkan aksinya yang termuntah di hadapan kamera menyebabkan netizen menyelar tindakannya itu membazirkan makanan.

Antara makanan pelik yang dicuba oleh ialah Aqiel ialah biskut coklat nabati yang diletakkan sos cili, nasi bersama milo dan nugget dicampur dengan susu cair.

Bagaimana pun, aksi Aqiel muntah ke dalam mangkuk berisi nugget ayam, dan mencuba sekali lagi menu bersama muntah tersebut menimbulkan kemarahan netizen. Yuckks!

Menurut netizen, mereka bengang melihat kelakuan tidak senonoh dan menjijikan tersebut dipertontonkan di media sosial hanya kerana untuk meraih perhatian dan memberitahu makanan seharusnya jangan dijadikan sebagai permainan.

Challenge makanan pelik – Biskut Nabati campur sos cili

Cabaran makanan pelik ini adalah inspirasi dari Youtuber Amerika, Alonzo Lerone apabila video makanan pelik Alonzo yang dimuat naik di Youtube mendapat sambutan hangat dari seluruh dunia.

Challenge makanan pelik – Nasi campur milo

Namun ianya sudah pasti sangat sesuai dengan budaya orang Asia, apatah lagi dalam kalangan orang Malaysia. Tambagan lagi memuntahkan makanan di hadapan khalayak ramai dan memakannya semula.

Challenge makanan pelik – Nugget ayam campur susu cair

Menyedari kecaman hebat dari pelbagai pihak, remaja terbabit tampil meminta maaf atas kesilapannya dan dia juga berjanji untuk lebih berhati-hati di masa akan datang.

Video remaja makan balik muntah buat netizen marah

Blogger Ditemui Mati Selepas Buat ‘Live Video’ Makan Lipan & Cicak Tokek

1 Trackback / Pingback

  1. Makan Kentang Goreng & Kerepek Kentang Setiap Hari, Remaja 17 Tahun Disahkan Buta - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*