Cikgu Terkejut Pelajar Bawa ‘Kotex’ Dalam Kelas, Tapi Bila Dibuka, Rupa-Rupanya…

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang cikgu berkongsikan pengalaman seorang pelajarnya membawa bungkusan ‘Kotex’ ke dalam kelas membuatkan dirinya terkejut pada mulanya.

Cikgu Syafaat Nasir berkongsikan gambar anak muridnya itu di laman Twitter bukanlah bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, ianya hanya untuk membuka minda masyarakat.

Mungkin semua ingat pelajar perempuan itu membawa tuala wanita ‘Kotex’ bukan? Apabila bungkusan ‘Kotex’ itu dibuka, cikgu tersebut mendapati hanyalah pensil warna di dalamnya.

“Terkejut tengok anak murid bawa dalam kelas. Bila check, rupanya dalam ada color pencils. Takpa la. Janji boleh letak color pencils leklok.” – Syafaat Nasir

Tindakan guru itu harus dipuji kerana dia kemudiannya menghadiahkan pelajar tersebut sebuah kotak pensil baharu bersama satu beg kecil untuk menyimpan pensil warnanya.

“Haaaa pencil box dan color pencils box baru. Nasib baik ada stok hadiah pertandingan lebih haritu. Parents jangan tak sensitif sangat ya!” – Syafaat Nasir

Cikgu itu memberitahu selepas kisah pelajarnya itu dikongsi di laman Twitter, ramai yang telah menghubunginya untuk memberi sumbangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*