Coklat Cadbury Ada Gambar Babi, Cadbury Malaysia Tidak Mengaku

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sekeping gambar coklat Cadbury jenis Cadbury Milk Kids 20g yang kelihatan jelas gambar babi dikongsi oleh pembeli di laman sosial Facebook bersama gambar resit pembelian.

Namun, pihak Cadbury Malaysia tidak mengaku mereka mengeluarkan Cadbury tertera gambar babi tersebut dan mendakwa produk tersebut adalah diimport oleh pihak ketiga.

“Produk ini diimport pihak ketiga yang bebas mengimport mana-mana produk keluaran luar negara.

“Pengimportan atau pembelian mana-mana coklat keluaran Cadbury oleh pihak ketiga adalah di luar kawalan pihak Cadbury Malaysia dan kami tidak mempunyai hak untuk menyekat mahupun mengawal mana-mana pihak yang ingin membeli dan menjual produk-produk tersebut.

“Sekiranya pengguna ingin maklumat lanjut tentang produk tersebut sila hubungi pihak penjual,” – Ketua Perhubungan Hal Ehwal Korporat Cadbury, Raja Zalina Raja Safran

Nasihat pihak Cadbury Malaysia, kalau nak beli Cadbury yang disahkan dan diyakini halal, beli daripada keluaran Cadbury Malaysia kerana keluaran dari luar mungkin menimbulkan keraguan contohnya membeli di Langkawi atau Labuan yang banyak menjual coklat bebas cukai.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*