Cristiano Ronaldo Akui Bayar RM1.52 Juta Kepada Wanita Dakwa Mangsa Rogolnya

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pemain bola sepak Juventus, Cristiano Ronaldo mengakui telah membayar kepada seorang wanita sebanyak £300,000 (RM1.52 juta) untuk penyelesaian kes selepas wanita itu mendakwa pemain berkenaan merogolnya pada 2009, walaupun Ronaldo menafikannya.

BACA : Lelaki Tertidur Selepas Maksiat Bersama Kekasih 13 Tahun Dalam Reban Ayam

Menurut portal Mirror UK, satu tuntutan undang-undang telah difailkan di mahkamah oleh Kathryn Mayorga tahun lalu cuba untuk membatalkan penyelesaian itu, mendakwa Ronaldo dan pasukan perundangannya mengambil kesempatan terhadap dirinya yang merujuk kepada keadaan emosinya yang tidak stabil.

Dakwaan tersebut menyatakan, Mayorga dirogol oleh Ronaldo selepas mengadakan pertemuan pada satu malam di Las Vegas, Amerika Syarikat, bagaimanapun Ronaldo menafikan dakwaan tersebut.

Tiada tuntutan jenayah yang difailkan, dengan pendakwa menetapkan bahawa dakwaan tersebut sebagai “tidak dapat dibuktikan tanpa keraguan munasabah” dan peguam Ronaldo mendakwa anak guamnya dan mangsa melakukan hubungan intim.

Murid Tahun 5 Rogol Kakak Saudara, Mengaku Sudah Lakukan 4 Kali

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*