Cungkil Mata Mangsa & Masak Dalam Kuali Sebelum Makan Bersama Kekasih

09/10/2018

Seorang lelaki mengaku mencungkil mata mangsa dan memasaknya di dalam kuali, manakala kepala mangsa dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro.

Lelaki yang merupakan pesalah pedofil warga Rusia, Arkady Zverev berusia 22 tahun ini juga mengaku bersalah menyebabkan kematian Alexander Popovich berusia 21 tahun dan memberitahu kepada mahkamah dia memakan otak mangsa yang telah dimasak.


(Gambar mangsa yang dijumpai oleh pihak berkuasa di rumah suspek)

Suspek dalam perbicaraan di mahkamah daerah Kiovsky dekat St Petersburg, Rusia itu telah didakwa ata tuduhan membunuh, menyeksa mayat dan melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak.

Sementara itu, media 47new.ru melaporkan pasangan kekasihnya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan psikiatri selama sebulan dan tidak akan menghadapi pertuduhan kerana masih bawah umur untuk bertanggungjawab melakukan jenayah.


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: