Datin Mengamuk Di Kedai Nasi Berdamai, Pengurusan TCRS Minta Maaf

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Ingat lagi tak video seorang makcik yang mengamuk kerana dia dan ibunya lapar di restoran ‘The Chicken Rice Shop’ di Alamanda, Putrajaya viral sebelum ini?

Kalau korang nak tahu, tiga kakitangan pengurusan tertinggi The Chicken Rice Shop (TCRS) Restaurant Sdn Bhd hadir bersemuka dengan makcik yang dikenali sebagai Datin Nona di lokasi yang sama petang Rabu lepas.

BACA : “Staff Itu Kurang Ajar!” – Datin Nona Dedah Punca Mengamuk di Chicken Rice Shop

Pertemua selama dua jam itu sebenarnya bagi menjernihkan kembali situasi yang tegang sebelum ini dan pihak TCRS kesal dengan insiden yang berlaku serta memohon maaf atas perbuatan kakitangan wanita itu yang juga pengurus kedai nasi ayam tersebut di cawangan Alamanda, Putrajaya tempoh hari.

“Kami minta maaf. Kami amat prihatin dengan apa yang berlaku. Sudah tentu pihak kami takkan biarkan sahaja insiden itu. Nak viral, virallah… kami bukan macam tu.

“Kami sudah bertemu dan dengar penjelasan dia. Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak sebab kami mahu bersikap adil kepada sesiapa sahaja. Pelanggan amat penting tidak kira siapa pun mereka.

“Jadi tindakan segera sudah diambil sebaik sahaja insiden itu viral. Kakitangan itu juga sudah diberikan kaunseling. Kami ambil positif maklum balas datin. Ia amat penting untuk membantu kami memperbaiki mutu perkhidmatan kami,” – Pengurusan TCRS.

Pengurusan restoran nasi ayam itu turut menjelaskan bahawa syarikat itu sebenarnya tidak mengamalkan sistem beratur pada waktu normal dan pelanggan hanya perlu beratur bila tempat kosong penuh.

“Pelanggan hanya perlu que bila penuh. Bila ada tempat kosong mereka boleh masuk sahaja. Tunggu staf bersihkan meja, duduk dan kemudian order mereka akan diambil.

“Kami tidak pernah amalkan sistem beratur bila ada meja kosong. Jadi kami amat kesal. Sepatutnya insiden seperti ini tidak seharusnya berlaku.” – Pengurusan TCRS

Datin Nona yang hadir bersama ibunya turut meminta maaf di atas kekecohan yang berlaku di kedai nasi ayam itu tempoh hari.

“Saya mak-mak jadi bila dah sampai mak mak punya level tu memang mengamuklah, lebih-lebih lagi bila dengar perkataan kalau masuk kami tak layan.

“Memang saya marah. Tapi apa pun saya minta maaf. Saya bukan niat nak viralkan video tu untuk popular. Saya sendiri terkejut dan tak expect langsung video tu dah cecah 1.6 juta tontonan.

“Niat saya hanya mahu kedai ini perbaiki kelemahan sistem perkhidmatan mereka. Rata-rata penduduk di Putrajaya suka makan nasi ayam di sini, jadi apa kata lakukan penambahbaikan untuk keselesaan semua,” – Datin Nona

Datin Nona menjelaskan, niat dia berbuat sedemikian hanya mahu kedai terbabit memperbaiki kelemahan sistem perkhidmatan mereka memandangkan rata-rata penduduk di Putrakaya suka makan nasi ayam di kedai terbabit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*