“Buat Jer Empangan Elektrik Sendiri” – Datuk Aliff Syukri Minta Tips Jimatkan Elektrik, Netizen Komen ‘Pedas’

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebentar tadi Datuk Aliff Syukri telah memuat naik gambar sekeping cek dengan jumlah RM8,142.90 hanya untuk membayar bil rumahnya yang gah seperti istana itu di laman Instagram dan di Facebook.

BACA : Kejutan Bayi Kembar Tak Menjadi, Isteri Aliff Syukri Alami Pendarahan

Gambar sekeping cek itu dimuat naik bersama dengan ‘soalan memakan diri’ apabila Aliff Syukri kononnya meminta tips daripada netizen untuk berjimat menggunakan elektrik di rumahnya.

Baru sebentar tadi, usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri memuat naik gambar sekeping cek dengan jumlah RM8,142.90 hanya untuk membayar bil kediamannya yang mewah itu.

“Ada cara tak nak kurangkan bil eletrik? Padahal saya dah pakai tenaga solar dah. Bulan ni kena berjimat sikit guna api kat rumah” – tulis Aliff di laman sosial

Setengah netizen menganggap, Aliff Syukri sengaja menunjukkan gambar cek tersebut dengan niat menunjuk-nunjuk dan ada juga yang memberi tips yang sepatutnya untuk mengawal penggunaan elektrik seharian.

Namun, tidak lari daripada ayat atau komen sindiran daripada netizen apabila soalan Aliff Syukri itu menimbukan pelbagai pandangan daripada netizen di laman sosial.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*