Disaman RM10 Juta Oleh Penulis Novel 7 Hari Mencintaimu, Datuk Ziela Jalil Enggan Beri Komen

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Dalam kegembiraan pelbagai kategori kemenangan drama 7 Hari Mencintaimu, penerbit drama tersebut, Datuk Ziela Jalil semalam telah disaman RM10 juta oleh penulis novel 7 Hari Mencintaimu, iaitu Siti Rosmizah Semail.

Namun, Ziela Jalil enggan memberi sebarang komen mengenai isu saman RM10 juta atas nasihat peguamnya dan memandangkan ianya kini menjadi kes mahkamah.

“Saya mendapat nasihat daripada peguam untuk tidak memberikan sebarang komen dan maklum balas. Jadi tunggu saja perkembangan kes ini.

“Lagi pun saya masih belum menerima surat saman daripada pihak Siti Rosmizah. Selepas itu baru kita boleh lihat proses seterusnya,” Datuk Ziela Jalil.

Siti Rosmizah semalam telah memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendakwa Ziela mengaibkan dan menjatuhkan reputasinya dengan menyebarkan kenyataan fitnah di laman sosial Instagram miliknya.

1 Trackback / Pingback

  1. Sebelum Ini Buntat, Lepas Ini Watak Jibam Jadi Taruhan

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*