David Teo Ditampar Oleh Mat Over Depan PM Najib, Didakwa Kurang Ajar

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pengarah terkenal, David Teo telah ditampar oleh pelakon dan pelawak veteran, Mat Over dalam satu majlis Transformasi Nasional (TN50) bersama selebriti di Seri Perdana Putrajaya  di hadapan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak malam tadi.

Video yang tersebar di laman sosial menjelaskan bahawa kelantangan mulut David Teo didakwa kurang sopan di hadapan Najib menyebabkan ramai yang hadir seperti tidak puas hati.

Akhirnya, Mat Over atau nama sebenarnya, Sulaiman Yassin bangun dari tempat duduk dan meluru kepada David Teo terus menampar muka pengarah tersebut.

Info yang kami perolehi, David Teo agak biadap menyuarakan pendapatnya kepada Najib supaya selebriti yang berada di barisan belakang turut diberi peluang untuk bercakap tetapi agak kasar menyebabkan pelakon otai Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu bengang.

Sebelum kejadian tu, David Teo mencetuskan ketegangan apabila merampas microphone daripada moderator program, Datuk Rosyam Nor.

Namun, situasi tegang tersebut berjaya diredakan oleh pihak polis dan pengawal peribadi Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak selepas David Teo cuba untuk membalas tamparan dengan menerajang Mat Over.

Kita tunggu dan lihat apa tindakan David Teo kepada Mat Over. Adakah laporan polis telah dibuat? Atau memfailkan saman seperti mana yang dilakukan oleh selebriti Malaysia?

ArtisBuzz – Macam dah bengang lama jer Mat Over dengan David Teo ni? Hihihi… Kacang kacang kacang…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Isu Mat Over Tampar David Teo Depan PM Najib, Polis Buat Siasatan Lanjut
  2. Azhar Sulaiman Dedah Kisah Sebenar Mengapa David Teo Ditampar Oleh Mat Over
  3. Azhar Sulaiman Dedah Kisah Sebenar Mengapa David Teo Ditampar Oleh Mat Over - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*