“Dedah MyKad Mahathir Bukanlah Satu Kesalahan”

02/08/2017

Ekoran Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan maklumat kad pengenalan milik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini dan mendedahkan nama sebenar Mahathir pada kad pengenalannya iaitu Mahathir a/l Iskandar Kutty bukanlah menjadi satu kesalahan.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed sambil menjelaskan bahawa maklumat tersebut merupakan maklumat awam yang tidak dianggap sebagai rahsia.

“Perkara ini pihak polis akan siasat untuk buktikan kebenarannya dan sekali lagi saya katakan, maklumat di atas kad pengenalan bukan maklumat sulit dan tidak menyalahi undang-undang untuk berkongsi dengan orang awam.

“Apa yang dikatakan Ahmad Zahid itu adalah benar cuma ada pihak yang mengambil peluang untuk mempolitikkan perkara ini kerana takut sokongan terhadap Dr. Mahathir akan kurang kerana kebenaran tersebut,” Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Sebelum ini, Ahmad Zahid memberitahu nama sebenar Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah Mahathir a/l Iskandar Kutty di dalam satu ucapan beliau menyebabkan ramai penyokong Mahathir tidak berpuas hati.

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: