Demi Kekasih Dalam PUBG, Wanita Hamil Tuntut Cerai

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara ketagihan bermain PUBG Mobile, masalah antara seorang remaja perempuan 19 tahun dan keluarganya timbul sehingga berhasrat untuk bercerai dengan suaminya.

BACA : Suami Tak Benarkan Main PUBG, Isteri Bengang & Minta Cerai

Remaja yang hamil dan bakal melahirkan bayi perempuan itu menghubungi talian bantuan Abhayam 181 dan menyuarakan hasratnya itu agar dia dapat hidup bersama lelaki yang dikenalinya dari permainan PUBG.

Menurut portal News18, remaja berkenaan telah berkahwin dengan kontraktor pembinaan bangunan dan sering menghabiskan banyak masa untuk bermain PUBG dengan lelaki yang dikenalinya melalui permainan itu.

Abhayam kemudian segera menghantar pasukan kaunseling ke rumah remaja itu dan berbincang dengan keluarganya berhubung masalah tersebut dan menasihatkan remaja itu untuk ditempatkan di pusat pemulihan di Ahmedabad.

Namun, remaja itu tidak mahu kerana pusat itu tidak membenarkan dia menggunakan telefon bimbit, sudah pasti dia tidak dapat bermain permainan PUBG Mobile.

1 Trackback / Pingback

  1. Main PUBG 6 Jam Tanpa Henti, Remaja Maut Selepas Rebah - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*