Dera Dodi Dalam Tandas, Rumah Datuk Aliff Syukri Diserbu

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Datuk Aliff Syukri terkejut apabila diserbu pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Jabatan Perhilitan semalam atas laporan yang mendakwa dirinya mendera Dodi, kucing peliharaanya.

LIHAT : Video Datuk Aliff Syukri Mengamuk Pembantu Rumah Mencuri

Pihak berkuasa itu memberitahu mereka menerima terlalu banyak laporan ke atas Datuk Aliff yang mendera kucing dan sengaja membela kucingnya di dalam tandas.

“Kami melakukan operasi ini setelah menerima puluhan aduan orang awam. Setelah diperiksa, kami dapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucingnya. Malah, Datuk Aliff juga mempunyai permit yang sah untuk membeli kucing tersebut”

“Kami menasihati Datuk Aliff supaya menyediakan alas kucing yang lebih selesa dan menyediakan kawasan pengudaraan yang lebih baik untuk kucingnya. Kami sarankan beliau supaya buat Pet pasport supaya kucingnya ada rekod perubatan lebih sistematik,” – Ketua Operasi.

Datuk Aliff meluahkan rasa kesal dengan laporan oleh pihak tertentu, namun bersyukur dengan operasi itu membuktikan beliau tidak melakukan penderaan terhadap Dodi, kucing baka Savannah yang merupakan haiwan kesayangannya itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*