“Saya Dah Cukup Sabar & Saya Dah Tak Mahu Layan” – Diana Danielle

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pelakon Datin Diana Danielle baru-baru ini telah meluahkan rasa tidak puas hati di akaun Instagram miliknya terhadap tindakan LHDN yang didakwa mengenakan sekatan ke luar negara gara-gara tunggakan cukai pendapatannya dianggarkan sebanyak RM350,000.

BACA : “Farid Kamil Kena Sabotaj, Ada Orang Masukkan Ganja!”

“Saya dah cukup sabar dan bertolak-ansur dengan mereka, tapi cara mereka sangat mendesak. Saya dah tak mahu layan,” – Diana Danielle

Diana Danielle tidak berpuas hati apabila namanya disenarai hitam oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dia memberitahu LHDN tidak berhak meminta dia membayar tunggakan cukai pendapatan itu kerana agensi tersebut belum membayar ‘hutang’ sebanyak RM100,000 kepadanya yang dituntut sejak setahun lalu.

“No komen. Semua saya dah luahkan di Instagram,” – Diana Danielle.

Apabila pihak meminta mengulas lebih lanjut, Diana memberitahu semuanya telah diluahkan di dalam akaun Instagram miliknya.

Namun, selepas perbincangan Diana bersama LHDN jumlah tunggakan cukai pendapatannya itu telah dikurangkan kepada RM150,000 dan LHDN memintanya membayar secara ansuran sebanyak RM11,000 setiap bulan.

Jika Diana hendak keluar negara juga dalam masa terdekat ini, dia diminta membuat bayaran ‘upfront’ sebanyak RM70,000 terlebih dahulu.

Sumber : MyMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*