Didakwa Kerana Mencuri 30 Biji Telur Ayam Gred A

Seorang lelaki yang merupakan penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas dakwaan mencuri 30 biji telur ayam dan beberapa barangan lain di sebuah pasar raya di bandar raya ini pada 26 September lalu.

BACA : Cerita Sebenar Pencuri Kelapa Diikat Pada Pokok Yang Viral

Eddy Ezry Nordin yang berusia 32 tahun dari Kampung Rhu Muda, Marang bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noradila A. Latif.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Eddy Ezry menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman 10 tahun penjara dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbuatannya disedari oleh pengawal keselamatan pasaraya tersebut dan semasa ditahan, beberapa barangan selain 30 biji telur ayam gred A turut ditemui dan kesemuanya bernilai RM128.39.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*