Disangka Rakan, Peniaga Kosmetik Dirogol & Dibunuh 4 Lelaki

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Empat lelaki kantoi merogol sebelum membunuh seorang wanita apabila sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mereka mengangkat seorang wanita yang mabuk keluar dari sebuah bar.

BACA : Mangsa Rogol & Samun Di Kedai Mesin Judi Hilangkan Diri

Mangsa yang merupakan peniaga kosmetik, Nong Gift berusia 21 tahun datang ke bar untuk menyaksikan perlawanan final Liga Juara-Juara dengan rakan-rakannya di Chantaburi, Thailand.

Ada pula dakwaan yang mengatakan mangsa telah diberi dadah oleh suspek dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2 pagi itu.

Mangsa dibawa keluar dari bar dan diletakkan di belakang sebuah trak oleh suspek yang dikatakan mahu menghantarnya pulang ke rumah, tetapi mangsa telah dibawa ke sebuah hutan terpencil dan diperkosa secara berkumpulan sebelum dipukul sehingga mati.

Keempat-empat suspek termasuk seorang yang mengenali mangsa, Nattaphong Saenkraud, Patti Boonthal, Panya Chan Somdee, dan Suitsit Jaechim, telah ditahan dan mengaku terlibat dalam kejadian itu.

Mangsa disahkan mati serta merta pada malam kejadian yang ditemui dalam keadaan mulut berbuih, hidung berdarah dan sebahagian pakaiannya telah ditanggalkan.

Oh ya, seorang kenalan mangsa ada melihat empat lelaki mengangkat mangsa semasa di dalam bar, namun membiarkan sebab ingatkan suspek tersebut adalah rakan mangsa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*