“Ditolak, Dicakar dan Ditampar” – Bekas Isteri Dedah Perangai Sebenar Da’i Farhan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Masih lagi kontroversi rumah tangga Da’i Farhan dan Fatin Nurul Ain Mat Aris, dan yang terbaru bekas isterinya itu membuat laporan polis mengenai tindakan bekas suaminya yang berlaku ganas terhadapnya.

BACA : “Tuduhan Nusyuz Terlalu Berat” – Isteri Da’i Farhan Sedih Dituduh Derhaka Sehingga Diceraikan

Menurut sumber, Fatin ditolak, dicakar dan ditampar di rumah mereka di Taman Bukit Indah, Ampang kira-kira 3 pagi pada 22 November lalu sebelum membuat laporan polis, Sabtu lalu.

Difahamkan Farhan tidak berpuas hati dengan mesej antara Fatin dengan ahli keluarga lalu pendakwah bebas itu bertindak menolak bekas isterinya menyebabkan dia terjatuh.

“Menurut laporan polis dibuat mangsa, pendakwah itu didakwa menolak wanita berkenaan menyebabkan dia terjatuh.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa yang sarat mengandung mengalami sakit pinggang akibat terjatuh selepas ditolak lelaki terbabit,” – jelas sumber kepada Harian Metro.

Malah, Farhan kemudiannya didakwa mencengkam pergelangan tangan mangsa hingga menyebabkan ada kesan cakar pada tangan kiri Fatin dan dia juga menepuk belakang badan wanita terbabit sebelum menampar pipinya.

Polis mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Jujur Macam Mana Pun Tetap Disalah Erti” – Da’i Farhan Kesal Keikhlasannya Dipandang Sinis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Saya Mula Tidak Keruan, Terpancar Jelas Wajah Ustaz Farhan" - Erin - TEHPANAS
  2. “Saya Mula Tidak Keruan, Terpancar Jelas Wajah Ustaz Farhan” – Erin - Hmetro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*