Diva AA aka Azwan Ali Hina Petugas Hospital Didenda RM17,000 Atau Penjara Enam Bulan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Siapa tidak kenal dengan selebriti mulut celupar Azwan Ali yang seringkali memuat naik video di laman sosial memaki hamun kepada sesiapa sahaja yang dia tidak puas hati.

BACA : “Azmin, Aku Banyak Buat Dosa Pada Kau” – Azwan Ali Minta Maaf Dengan Azmin & Mahu Berbaik

Terbaharu, Azwan Ali ataupun lebih dikenali sebagai Diva AA didenda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi atas tuduhan memuat naik video yang menyakitkan hati orang lain berhubung COVID-19.

Dia yang mengaku bersalah, dituduh memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19.

Hakim Azura Alwi memerintahkan selebriti beusia 54 tahun itu menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Sebelum ini Azwan Ali yang berpakaian serba hitam, didakwa menggunakan laman Youtube “DIVAAATERSOHOR” secara sedar membuat penghantaran dengan niat menyakitkan hati orang lain di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, pada 24 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Video Azwan Ali Memohon Maaf Terbuka Kepada Hospital Putrajaya

Sumber : Berita Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*